Aktiviti 

Kal's Campgear hias pentas showcase Amir Jahari

Alhamdulillah event yang berlangsung pada 1/7/23 di Dewan Muafakat Kg Bakar Batu, Johor menjadi pengalaman yang best untuk team KCG. 

Showcase yang berkonsepkan healing sambil dengar lagu-lagu Amir Jahari memang padu!! 

Hampir 800 orang yang hadir malam tu dan KCG sangat berbesar hati bila team daripada Amir Jahari jemput untuk hias stage dengan konsep healing dan camping.

Kalau korang nak buat event guna konsep healing boleh roger team KCG, inshaallah kitorang akan set up cun2 untuk korang.

Program team building di Forlyla Kiddy Child Care

8 biji khemah berdiri di Forlyla Kiddy Care Centre Taman Daya

Terima kasih teacher sudi gunakan perkhidmatan kami.

Team KCG siap bagi tutorial pemasangan khemah untuk peserta. Harap dapat jadi pengalaman yang best untuk anak-anak ni yang berumur sekitar 6-11 tahun.

Malam kita belanja buat campfire pula sambil mak ayah ber BBQ.

Program Team Building Kelab Sukan & Rekreasi UM Land Selatan

Semua bekerjasama untuk naikkan khemah dan flysheet 💪🏼💪🏼

Team building sambil layan angin pantai..fuhhhh baru betul2 healing 

Harap pengalaman ni dapat jadi satu kenangan yang manis untuk semua yang terlibat

Terima kasih pilih Kal’s Campgear Desaru

Kalau korang ada plan nak buat program yang memerlukan khemah yang banyak boleh roger je team Kal's Campgear

Program Santai Pelajar Kolej YPJ

Dah penat-penat study kat kolej, masa untuk healing dekat pantai dengan kawan-kawan.

Yang paling penting dorang pasang khemah dan barang2 lain semua sendiri gaisss.

Tabik kat korang!!

Program Team Building Majlis Perbandaran Pengerang (MPP)

Kal’s Campgear Desaru di Bayu Impian Campsite Punggai untuk program team building Majlis Perbandaran Pengerang -MPP 

16 khemah unta kita sediakan untuk program ni 🎉

Kepada CO campsite yang memerlukan khemah yang banyak atau sikit untuk disewa…rilek Kal's Campgear sentiasa ready untuk supply khemah yang diperlukan 🤝

Buat masa ni Kals Campgear ada 50 lebih khemah yang ready untuk disewa

Program BOP Southern X Petronita Pengerang Tree Planting & Camping

Terima kasih kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO sudi gunakan servis sewaan team Kals Campgear untuk event ni 

Kepada CO campsite yang memerlukan khemah yang banyak atau sikit untuk disewa…rilek team Kal’s Campgear sentiasa ready untuk supply khemah yang diperlukan 

Buat masa ni Kals Campgear ada 50 lebih khemah yang ready untuk disewa

Nak tahu lagi lanjut pakej2 yang ada boleh roger 

Program Team Building FD Unique Auto / VPRO Autoworld Sdn Bhd

Terima kasih team FD Unique Auto / VPRO Autoworld Sdn Bhd gunakan servis sewaan khemah Kal’s Campgear Desaru 

Korang berminat nak buat event company yang memerlukan khemah banyak..boleh roger je team Kal's Campgear

Program Team Building Sekolah Agama Perling

Terima kasih Sekolah Agama Perling gunakan servis sewaan khemah Kal’s Campgear Desaru 

Seronok betul tengok adik2 ni semua gotong royong naikkan khemah 

Macam2 skill ada yang penting dorang pasang semua sendiri gaisss 👏🏻👏🏻

Semoga program ni dapat eratkan lagi hubungan pelajar dan guru2

Program Kelab Kebajikan & Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR)

Program yang dianjurkan Kelab Kebajikan & Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR) di Sunrise Camp Punggai

Pihak KEJAR menggunakan khidmat sewaan 21 khemah unta untuk program ni

Kal's Campgear sebagai penaja bersama Glamping & Hammock Fiesta Malaysia V2 2023

Glamping & Hammock Fiesta Malaysia merupakan antara event camping yang terbesar di Malaysia

Event ni dianjurkan setahun sekali dan kali ini Kal's Campgear berpeluang untuk menjadi penaja bagi event yang berlangsung di Sunrise Camp Punggai pada 15 - 17 Sept 2023