Tentang kami

Kami bermula dengan hobi yang suka bercamping. Disebabkan itu kami faham kos yang diperlukan untuk sediakan khemah dan peralatan lain agak mahal.

Maka tercetuslah idea KAL'S CAMPGEAR dengan tujuan UTAMA kami nak beri peluang kepada lebih ramai orang untuk pergi bercamping bersama keluarga. Seterusnya dapat mencipta pelbagai kenangan indah sewaktu bercamping nanti.

Di awalnya kami cuma hanya ada 5 khemah sahaja untuk disewa. Alhamdulillah dengan izin-Nya sekarang kami sudah ada lebih dari 50 biji khemah yang siap sedia untuk disewa. 

Dan kini kami mempunyai 2 cawangan di Johor iaitu KULAI dan DESARU.